Banjir: 4 daerah di Kelantan alami gangguan elektrik
KOTA BHARU - Hujan lebat dan ribut sejak Selasa menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu hantaran menerusi di laman sosial TNB Careline berkata, kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dijangka mengambil masa yang panjang kerana banyak pokok tumbang dan menghempap tiang serta talian.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik rosak.
"Pasukan teknikal sedang berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja pemulihan bekalan.
"Sebarang aduan kerosakan boleh hubungi talian 15454 atau Facebook TNB Careline," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!