Banjir: 1,300 pengguna AKSB terjejas
KOTA BHARU - Sebanyak 1,300 akaun pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terjejas ekoran Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Mesira, Bachok terpaksa dihentikan tugas buat sementara akibat limpahan air banjir yang telah memasuki kawasan serta bangunan terbabit pada Rabu.
Jabatan Korporat AKSB dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat adalah Teluk Mesira, Taman SPP, Kampung Jembal, Tok Jawa, Budi, Pintu Gerbang, Wakaf Zin, Desa Kerian, Dusun Durian, Chicha Menyabung dan Gajah Mati.
"Untuk sementara, AKSB akan menggerakkan lori tangki untuk membantu pengguna terjejas.
"AKSB melalui PINTAS juga akan membuat permakluman kepada pengguna terlibat melalui sistem infoblast dan ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.
AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau boleh hubungi PINTAS di talian 15777 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!