Manchester City rapuh

Guardiola
Guardiola
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester City mempersia-siakan pendahuluan tiga gol untuk seri 3-3 dengan kelab Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, pada Rabu.

Keputusan itu memanjangkan lagi prestasi hambar daripada pasukan bimbingan Pep Guardiola yang mengalami kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini dalam semua pertandingan.

Erling Haaland meledak dua gol minit ke-44 dan m-53 serta Ilkay Gundogan (m-53) bagi tuan rumah untuk tampak bersedia kembali ke rentak kemenangan selepas lima kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Namun kebangkitan luar biasa Feyenoord memanfaatkan kealpaan benteng The Citizens menyaksikan pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi Anis Hadj Moussa (m-75), Santiago Gimenez (m-82) dan David Hancko (m-89) untuk juara England itu turun ke kedudukan 15 Liga Juara-Juara dengan lapan mata.

"Kami tewas dalam banyak perlawanan sejak akhir-akhir ini, kami rapuh dan sudah tentu kami memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini.

"Saya tidak tahu sama ada berkaitan dengan mental atau sebaliknya. Gol pertama tidak boleh berlaku begitu juga kedua. Selepas itu kami lupa apa yang berlaku, kami terdesak untuk menang dan kami melakukannya dengan baik tetapi tidak memenangi perlawanan hari ini," kata Guardiola selepas pasukannya membuang kelebihan tiga gol awal.

Sebagai rekod, Manchester City telah melepaskan dua atau lebih gol dalam enam perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan buat kali pertama sejak 1963 - musim yang menyaksikan The Citizens tersingkir dari liga utama Inggeris.

Mereka juga merupakan pasukan pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara yang mendahului dengan tiga gol selewat minit ke-75 namun gagal untuk menang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pemain pertahanan City, Nathan Ake berkata: ""Sukar, kami bermain dengan agak baik, semuanya terkawal, kemudian keadaan berubah. Kami perlu kekal kuat dari segi mental, percaya pada diri sendiri, dan kekal bersama...dan pastikan kami keluar daripadanya.

"Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah bangkit dan kekal kuat... Apabila anda ketinggalan tiga gol, ia berasa seperti kekalahan apabila anda melepaskan tiga gol di tempat sendiri."

Angkatan Guardiola selepas ini akan berkunjung ke Stadium Anfield berdepan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Isnin.

Kekalahan kepada pendahulu itu akan menyebabkan Manchester City ketinggalan 11 mata di belakang The Reds.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!