Pesara kerajaan Sabah dapat bonus RM1,000
27 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kira-kira 13,000 pesara kerajaan Sabah menerima khabar gembira apabila diumumkan bonus sebanyak RM1,000 yang akan dibayar menjelang sambutan Aidilfitri tahun hadapan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pengumuman itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah (Kopeks) ke-47 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Rabu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bonus #Sabah