Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pantai Timur hingga Jumaat

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Jerantut dan Kuantan, Pahang serta seluruh Terengganu dan Kelantan sehingga Jumaat ini. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Jerantut dan Kuantan, Pahang serta seluruh Terengganu dan Kelantan sehingga Jumaat ini. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Jerantut dan Kuantan, Pahang serta seluruh Terengganu dan Kelantan sehingga Jumaat ini.

MetMalaysia berkata, hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, Hulu Perak (Perak); Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling (Kedah) serta seluruh Perlis.

“Hujan tahap waspada dijangka terjadi di Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu (Kedah); Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar (Perak).

“Seluruh Pulau Pinang; Raub, Bentong, Temerloh, Bera (Pahang); Segamat, Mersing, Kota Tinggi (Johor) dan Sandakan serta Kudat (Sabah),“ katanya menerusi hantaran di Facebook setakat jam 1 tengah hari pada Rabu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini di laman web rasmi, aplikasi myCuaca, media sosial MetMalaysia atau hubungi 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!