Tun M tak tahu ada usaha tarik BN keluar Kerajaan Perpaduan

Tun M dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Buku Idealis: Syed Hamid Albar di Kuala Lumpur pada Rabu.
Tun M dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Buku Idealis: Syed Hamid Albar di Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan tidak tahu menahu tentang usaha membawa keluar BN daripada Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, walaupun berperanan sebagai Ketua Panel Penasihat SG4, tugasnya lebih tertumpu kepada memberi nasihat berkaitan pelaburan.

"Saya tak tahu, saya cuma penasihat kepada SG4 sahaja. Kebanyakannya pasal pembangunan, bukan pasal politik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Buku Idealis: Syed Hamid Albar di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada ahli Parlimen pembangkang yang bertemunya dan menawarkan membentuk kerajaan baharu di bawah Kerajaan Perpaduan, seterusnya mengangkat individu daripada BN sebagai Perdana Menteri.

Jelasnya, pelbagai usaha dilakukan pembangkang untuk menjadi kerajaan semula.

Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut kerana tidak mahu mengkhianati kawan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak dalam gabungan itu diberi mandat untuk berunding dengan BN.

Malah, beliau menepis dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dengan kenyataan dibuat Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berhubung usaha memujuk partinya meninggalkan kerajaan sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!