Bukti Bossku mangsa politik - Akmal Saleh

Akmal Saleh (kiri), Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Najib dan Irwan Serigar daripada enam tuduhan pecah amanah.
Akmal Saleh (kiri), Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Najib dan Irwan Serigar daripada enam tuduhan pecah amanah.
A
A
A

MELAKA - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tuduhan pecah amanah membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu menjadi mangsa pendakwaan politik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, selayaknya Perdana Menteri keenam itu mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Menurutnya, Najib yang mendapat jolokan Bossku itu didakwa atas kes pertuduhan pecah amanah sejak enam tahun lalu tetapi masih tidak dibicarakan sehingga keputusan pada hari ini.

"Alhamdulillah satu keadilan yang dinanti buat Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita akan terus mendoakan agar satu persatu keadilan dan kemenangan berpihak kepada beliau," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Media pada Rabu melaporkan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada enam tuduhan pecah amanah.

Tuduhan itu membabitkan harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal menyerahkan ratusan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pasukan pembelaan, walaupun pertuduhan telah difailkan sejak 2018.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!