Trump calonkan usahawan John Phelan untuk jawatan Setiausaha Tentera Laut
MOSCOW - Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mengumumkan pencalonan usahawan John Phelan untuk jawatan Setiausaha Tentera Laut dalam pentadbirannya, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Adalah penghormatan besar buat saya untuk mengumumkan John Phelan sebagai Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat yang seterusnya. Phelan akan menjadi penggerak utama untuk anggota Perkhidmatan Tentera Laut kami dan pemimpin yang teguh dalam menjayakan visi 'America First' saya. Beliau akan mengutamakan kepentingan Tentera Laut AS di atas segala-galanya," kata Trump dalam satu kenyataan.
Phelan merupakan antara pengasas MSD Capital. Beliau memiliki diploma dalam pengajian politik serta pengkhususan dalam pentadbiran perniagaan.
"Pengetahuan dan pengalamannya yang luar biasa akan meningkatkan kehidupan rakyat Amerika yang berani berkhidmat untuk Negara kita. Phelan akan memberikan hasil sebenar untuk Tentera Laut dan Negara kita. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya," menurut kenyataan itu. - Bernama-Sputnik/Ria Novosti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!