Mangsa banjir di Kelantan cecah 8,838 orang, Rantau Panjang hampir lumpuh

Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS paling ramai iaitu 1,634 orang. Foto JBPM
Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS paling ramai iaitu 1,634 orang. Foto JBPM
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah 8,838 orang setakat jam 2.43 petang selepas sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, serta Jeli dilanda musibah berkenaan.

Daripada jumlah itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) paling ramai iaitu 1,634 orang, manakala Kota Bharu (1,561) diikuti Pasir Puteh (1,386).

Pekan Rantau Panjang hampir lumpuh selepas laluan utama masuk ke kawasan itu ditenggelami banjir.
Pekan Rantau Panjang hampir lumpuh selepas laluan utama masuk ke kawasan itu ditenggelami banjir.

Sementara itu, Pekan Rantau Panjang yang terkenal dengan lokasi membeli-belah hampir lumpuh selepas laluan utama masuk ke kawasan itu ditenggelami banjir.

Hal ini kerana laluan masuk ke kawasan tersebut hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.

Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah 8,838 orang setakat jam 2.43 petang. Foto JBPM
Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah 8,838 orang setakat jam 2.43 petang. Foto JBPM

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat jam 1 tengah hari kenderaan berat masih boleh masuk ke kawasan di Rantau Panjang.

"Bagaimanapun, saya akan memantau balik situasi dan perkembangan semasa keadaan di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa banjir. Foto JBPM
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa banjir. Foto JBPM

Terdahulu tular satu status yang dimuat naik pengendali laman sosial Facebook menulis Rantau Panjang lumpuh, aras air 10.59 meter melebih aras bahaya 8 meter.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff berkata, situasi banjir di negeri ini masih lagi terkawal.

Anggota JBPM menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang. Foto JBPM
Anggota JBPM menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang. Foto JBPM

Beliau menasihat penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya berpindah awal sekiranya rumah mereka ditenggelami banjir.

Menurutnya, situasi itu akan memberi kesukaran kepada pasukan penyelamat untuk memindahkan mereka yang terlibat ke PPS sekiranya air mulai deras dan dalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!