Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas

Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Pengganas Paling Dikehendaki FBI, Daniel Andreas San Diego ditahan di United Kingdom
Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Pengganas Paling Dikehendaki FBI, Daniel Andreas San Diego ditahan di United Kingdom
A
A
A

MOSCOW - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Pengganas Paling Dikehendaki FBI, ditahan di United Kingdom selepas melarikan diri selama lebih dua dekad, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik jurucakap Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA).

Lelaki itu, Daniel Andreas San Diego, 46, yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan kumpulan hak asasi haiwan, dikehendaki di AS atas serangan pengganas yang dilakukannya di California pada 2003. Beliau dimasukkan ke dalam senarai paling dikehendaki pada 2009, dengan ganjaran sebanyak AS$250,000 untuk maklumat mengenai keberadaannya.

"Pegawai dari NCA, dengan sokongan rakan sekerja dari unit polis antipengganas dan Polis Utara Wales, menahan Daniel Andreas San Diego, berusia 46 tahun, di kawasan Conwy, Wales, atas permintaan pihak berkuasa AS," lapor akhbar The Times yang memetik kenyataan jurucakap itu pada Selasa.

San Diego dilaporkan ditangkap pada Isnin di kawasan pedalaman dan telah dibawa ke mahkamah untuk memulakan proses ekstradisi ke AS.

"Penahanan Daniel San Diego selepas lebih 20 tahun sebagai buruan atas dua pengeboman di kawasan San Francisco menunjukkan bahawa tidak kira berapa lama ia mengambil masa, FBI akan tetap mencari dan memastikan anda bertanggungjawab," kata Pengarah FBI Christopher Wray seperti yang dipetik oleh akhbar itu.

Pada Ogos 2023, San Diego menanam dua bom di kampus sebuah syarikat bioteknologi di Emeryville, California. Sebulan kemudian, dia meletupkan bom yang dibalut paku di sebuah syarikat produk pemakanan di Pleasanton. Beberapa minggu selepas itu, waran tangkap dikeluarkan untuknya, tetapi dia sudah melarikan diri. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!