Pikap APM Bachok terbalik, terbabas ketika operasi menyelamat banjir

Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok berdepan detik cemas apabila trak pikap jenis Nissan Navara yang dinaiki berpusing lalu terbabas ketika dalam perjalanan untuk operasi menyelamat mangsa banjir di Bukit Temalong, Gunong di Bachok pada Rabu.

A
A
A

BACHOK - Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok berdepan detik cemas apabila trak pikap jenis Nissan Navara yang dinaiki berpusing lalu terbabas ketika dalam perjalanan untuk operasi menyelamat mangsa banjir di Bukit Temalong, Gunong di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu dua anggota terbabit berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari kenderaan yang terbalik.

Pegawai Pertahanan Awam Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua-duanya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semasa kejadian mereka dalam perjalanan menuju ke PPS Sekolah Kebangsaan Pak Badol, Mahligai. FOTO: APM
Semasa kejadian mereka dalam perjalanan menuju ke PPS Sekolah Kebangsaan Pak Badol, Mahligai. FOTO: APM

"Semasa kejadian mereka dalam perjalanan menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pak Badol, Mahligai.

"Permukaan jalan yang licin, serta bertakung air dan hujan lebat dipercayai menjadi faktor kepada kejadian terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, pihaknya berterima kasih kepada polis serta jengkaut dari Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang kebetulan melalui lokasi kejadian serta telah menghulurkan bantuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!