Bapa tiri dipenjara 10 tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual

Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia enam tahun. Foto hiasan
Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia enam tahun. Foto hiasan
A
A
A

SANDAKAN - Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia enam tahun.

Tertuduh berusia 24 tahun membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan fakta kes, laporan polis dibuat oleh seorang wanita pada 5 November lalu yang memaklumkan cucunya telah dicabul oleh bapa tiri mangsa.

Tertuduh ditangkap pada 13 November oleh sepasukan polis di sebuah rumah di daerah ini dan hasil siasatan mendapati suspek telah melakukan amang seksual terhadap mangsa antara November 2023 hingga November tahun ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (2017) yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Al-Hakim Abdul Razak dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!