MOT lulus kenaikan caj pesawat asing guna udara Malaysia

Anthony Loke ketika sesi penggulungan Peringkat Jawatankuasa Bagi Rang Undang-Undang Pembekalan 2025 pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
Anthony Loke ketika sesi penggulungan Peringkat Jawatankuasa Bagi Rang Undang-Undang Pembekalan 2025 pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) meluluskan kenaikan Caj Navigasi Udara dengan sebahagian besarnya melibatkan caj ke atas pesawat asing yang menggunakan ruang udara Malaysia setelah puluhan tahun tiada semakan semula.

Menterinya, Anthony Loke berkata, langkah itu juga bagi memperkasakan dana kewangan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ke arah membebaskan badan berkanun itu daripada saraan kerajaan tahun hadapan.

"Kita berani naikkan kadar. Tak pernah berpulus tahun kadar dinaikkan...kita bagi orang lain (caj) perkhidmatan yang murah...jadi saya naikkan caj itu.

"Pendapatan CAAM akan naik daripada RM100 juta lebih kepada RM400 juta setahun.

"Cukup untuk membiayai semua perbelanjaan CAAM ini dan kita boleh naikkan gaji kakitangan-kakitangan dan CAAM jadi satu badan berkanun yang diasingkan saraannya daripada kerajaan," katanya ketika sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi MOT di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab perkara dibangkitkan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berhubung peruntukan CAAM yang dikurangkan kepada RM100 juta kepada RM150 juta setahun.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, kenaikan caj udara tidak akan memberi kesan kepada kos penerbangan negara kerana hanya melibatkan pesawat asing.

Sehubungan itu juga jelas beliau, MOT memberi jaminan kepada Kementerian Kewangan agar mempercepatkan proses kelulusan sekali gus dapat mengurangkan peruntukan yang perlu disalurkan.

Artikel Berkaitan:

"Kita bagi (peruntukan) RM100 juta untuk enam bulan pertama.

"Kalau boleh siap, setengah tahun kedua kita boleh teruskan (guna dana yang caj penerbangan dijana CAAM)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!