Rusia hantar bantuan kemanusiaan ke-32 untuk Gaza
ISTANBUL - Rusia pada Rabu mengumumkan bahawa ia menghantar bantuan kemanusiaan ke-32 ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kementerian Situasi Kecemasan Rusia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebuah penerbangan khas menghantar bantuan kemanusiaan seberat 28 tan ke Mesir, yang terdiri daripada makanan, barangan keperluan dan peralatan pemulihan teknikal.
Kementerian itu berkata, wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir kemudiannya akan menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza.
Rusia memaklumkan bahawa sebanyak 827 tan bantuan kemanusiaan telah dihantar sejak serangan Israel ke atas wilayah itu bermula pada Oktober 2023.
Israel telah melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 44,250 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak 7 Oktober tahun lalu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!