Terpaksa bayar bil hospital swasta RM8,000

Seorang pengawal keselamatan terpaksa ‘pejam mata’ membayar bil hospital swasta sebanyak RM8,000 secara tunai meskipun mempunyai insurans perlindungan kesihatan. Gambar hiasan.
Seorang pengawal keselamatan terpaksa ‘pejam mata’ membayar bil hospital swasta sebanyak RM8,000 secara tunai meskipun mempunyai insurans perlindungan kesihatan. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan terpaksa ‘pejam mata’ membayar bil hospital swasta sebanyak RM8,000 secara tunai meskipun mempunyai insurans perlindungan kesihatan.

Menurut pekerja swasta, Alisa (bukan nama sebenar), bapanya yang berusia 51 tahun baru sahaja mencarum kad perubatan tahun ini, namun diduga masalah sesak nafas, awal November lalu.

Alisa berkata, pada mulanya ejen insurans memberitahu bakal dilindungi daripada sebarang penyakit termasuk asma, tetapi setelah diperiksa lebih lanjut, doktor mengesahkan bapanya memerlukan ubat yang berkaitan masalah jantung.

“Sesak nafas ayah tak beri kesan pada jantung, cuma tekanan jantung tinggi. Surat jaminan dah lulus, tetapi doktor kata ubatnya ada kena-mengena dengan jantung.

“Itulah antara alasan yang menyebabkan insurans tak lindung, mereka takut. Ejen memang cakap ayah layak dapat perlindungan sebelum dia tandatangan borang persetujuan, sekarang lain pula jadinya.

“Jadi, kami kena bayar bil hospital RM8,000 walaupun tinggal di wad unit rawatan rapi (ICU) tak sampai dua hari,” katanya.

Dakwanya, selain caj dikenakan terhadap bapanya terlalu tinggi, layanan jururawat hospital swasta tersebut amat buruk dan tidak menggambarkan sikap sopan santun seorang petugas kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!