Bayar RM11,000 walaupun carum pelan keluarga

Gambar hiasan 123RF.
Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang warga emas dikenakan caj lebih RM11,000 untuk dialisis buah pinggang meskipun masih mencarum pelan perlindungan keluarga.

Idris (bukan nama sebenar), 62, berkata, dia tidak dapat menuntut polisi tersebut kerana ejen insurans memberikan alasan dia pernah menggunakannya untuk penyakit tidak kritikal sebelum ini.

“Saya dah lama mencarum dan bayar sekitar RM800 untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak. Tetapi, saya tak boleh nikmati apa-apa manfaat kerana alasannya pernah guna sebelum ini.

“Jadi, terpaksalah saya gunakan duit sendiri, setakat Selasa sudah cecah RM11,000. Jika lama lagi di sini (hospital swasta) mungkin lebih mahal.

“Kalau masih memerlukan rawatan dialisis, saya perlu pindah ke hospital kerajaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!