Banjir di Kelantan bertambah buruk, 28,959 mangsa dipindahkan

Pasir Mas mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 11,698 orang. Foto APM
Pasir Mas mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 11,698 orang. Foto APM
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila seramai 28,959 mangsa telah dipindahkan ke 150 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7.20 pagi ini ekoran hujan lebat tanpa henti.

Ia melibatkan 8,725 keluarga dari sembilan daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Pasir Mas mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 11,698 orang diikuti Tanah Merah (3,224), Kuala Krai (2,826); Pasir Puteh (2,757), Tumpat (2,390), Kota Bharu (2,156), Machang (1,749) Bachok (1,386) dan Jeli (773).

Seramai 8,725 keluarga dari sembilan daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Kota Bharu dipindahkan ke PPS. Foto APM
Seramai 8,725 keluarga dari sembilan daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Kota Bharu dipindahkan ke PPS. Foto APM

Sementara itu, tiga sungai berada diparas bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Melor, Jambatan Melor (Bachok) dan Sungai Semerak (Pasir Puteh).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Adzhar Mujab berkata, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya segera berpindah sekiranya hujan lebat dan paras air semakin meningkat.

Artikel Berkaitan:

Operasi menyelamat sedang giat dilakukan oleh APM Kelantan di kawasan yang dilanda banjir. Foto APM
Operasi menyelamat sedang giat dilakukan oleh APM Kelantan di kawasan yang dilanda banjir. Foto APM

"Jangan berlengah, pindah segera. Bawa dokumen penting, ubat-ubatan dan bekalan asas bersama," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurut beliau, hujan lebat peringkat bahaya dijangka akan berterusan sehingga Jumaat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!