Zuraida beri penjelasan kepada Lembaga Disiplin pada 25 Februari ini
KOTA BHARU - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin mengesahkan akan menghadirkan diri dalam sesi pendengaran bersama lembaga disiplin parti pada 25 Februari ini.
Zuraida berkata, beliau terkejut apabila terdapat kenyataan yang memaklumkan beliau perlu hadir sebelum 20 Februari ini.
“Saya hairan kenapa ada keluar kenyataan semalam (kelmarin) mengatakan perlu hadir sebelum tarikh 20 Februari. Mungkin berlaku salah faham daripada pihak pengurusan itu sendiri.
"Apa yang pasti, tarikh 25 Februari ini sudah dipersetujui dan saya akan hadir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Anti Litter sempena ‘Kempen Jupo Sapoh Kutip, Jange Tohok Kokse’ di Pasar Siti Khadijah di sini hari ini.
Sebelum ini, Zuraida menyerahkan surat jawapan susulan notis tunjuk sebab yang dikemukakan Lembaga Disiplin PKR bertarikh 15 Januari lalu atas dakwaan salah laku termasuk mengeluarkan ucapan berunsur fitnah terhadap kepimpinan parti.
Surat jawapan itu diserahkan ke Ibu Pejbata PKR melalui Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad.
ARTIKEL BERKAITAN:
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Anwar wajar dapatkan penjelasan Hannah, Kor Ming
PRU16: Sukar untuk BN gerak solo
Bahagi kerusi sama rata kukuh kerjasama BN-PH Negeri Sembilan - Jalaluddin
Sabah 2024: Kepimpinan dan persiapan hadapi PRN17
[VIDEO] Jo-Anna belum sertai mana-mana parti, hanya tumpu pengajian
Hilang 17 hari, Cikgu Nur Nazalishah ditemui di Teluk Intan
'Bendera China pada replika roket gergasi di Tangkak cetus kebimbangan'
Buaya mati dilanggar SUV di lebuh raya
Panjat tingkap tandas, pelajar universiti maut tergelincir dari tingkat 33