Pas MyTourist mampu menarik pelancong lokal & antarabangsa

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Rapid KL baru-baru ini memperkenalkan inisiatif baharunya yang cukup menarik, iaitu MyTourist Pass.

Pas ini direka khas untuk memudahkan pelancong tempatan dan antarabangsa menjelajah Kuala Lumpur dengan lebih mudah, pantas dan berbaloi menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Secara ringkasnya, Pas MyTourist membolehkan pelancong menikmati perjalanan tanpa had dengan tren dan bas Rapid KL untuk tempoh yang dipilih – sama ada 1 hari, 2 hari atau 3 hari.

Bayangkan betapa senangnya untuk mereka yang mahu meneroka Kuala Lumpur secara menyeluruh dalam tempoh singkat tanpa perlu risaukan tambang tambahan.

Kelebihan Pas MyTourist untuk pelancong

Pas MyTourist ini hadir dengan beberapa kelebihan yang pasti disukai oleh pelancong.

Dengan Pas MyTourist, pelancong boleh menikmati penerokaan di pelbagai destinasi sekitar Kuala Lumpur dengan menggunakan tren dan bas Rapid KL dalam tempoh sah pas tersebut. Ini merupakan pilihan ideal bagi pelancong yang biasanya mengambil kira bajet dan ingin menjimatkan kos pengangkutan sambil mengunjungi pelbagai destinasi menarik di sekitar Kuala Lumpur.

Pas ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, jauh lebih murah berbanding membayar tambang setiap kali menaiki pengangkutan awam. Ini memberikan nilai tambah yang besar, terutamanya bagi pelancong yang mempunyai bajet terhad tetapi ingin merasai pengalaman menggunakan sistem pengangkutan awam Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Apabila pelancong membeli pas ini, mereka boleh melawat mercu tanda ikonik seperti Menara KL, Dataran Merdeka, dan Petronas Twin Towers, selain kawasan popular seperti Bukit Bintang dan Central Market dengan hanya dengan satu kad.

Pas MyTourist memudahkan pelancong untuk menjimatkan masa serta memudahkan perancangan percutian mereka. Ini kerana dengan pas ini, pelancong tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket setiap kali menggunakan tren atau bas.

Dengan hanya menyentuh kad ini, perjalanan dapat diteruskan dengan pantas dan lancar. Ini amat sesuai untuk pelancong yang ingin mengelakkan kesulitan proses pembelian tiket yang mungkin memakan masa.

Selain kemudahan perjalanan, pengguna Pas MyTourist juga dapat menikmati diskaun dan faedah menarik daripada lebih 30 rakan kongsi perniagaan. Ini termasuk tawaran hebat untuk makanan, membeli-belah dan hiburan.

Peluang ini tersedia sepanjang tempoh penggunaan pas, iaitu dari hari pertama pengaktifan hingga tujuh hari berikutnya, dengan hanya menunjukkan kad sah laku MyTourist bersama resit di premis yang terlibat.

No Image Caption

Pas MyTourist boleh didapati di semua Kaunter Khidmat Pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT atau di hab bas terpilih dan juga secara dalam talian melalui aplikasi MyRapid PULSE atau MyRapid Shop mulai 25 Oktober 2024.

Pas MyTourist tersedia untuk tempoh satu, dua atau tiga hari dengan harga RM20, RM30, RM40 untuk warganegara dan RM40, RM60, RM80 untuk bukan warganegara. Nikmati diskaun hebat bermula hari ini sehingga 09 Disember 2024 dengan tawaran harga pengenalan diskaun sehingga 25% (Harga ini tidak termasuk kos kad Touch ‘n Go dan nilai minimum dompet yang ditetapkan).

Pelancong patut pilih Pas MyTourist

Sebenarnya, Kuala Lumpur sendiri telah banyak berubah dari aspek kemudahan pengangkutan awam dan Rapid KL adalah salah satu tulang belakang yang memainkan peranan penting dalam memacu kelancaran pergerakan pelancong.

Pas MyTourist bukan sahaja memudahkan pengangkutan, tetapi turut menyumbang kepada pengalaman pelancongan yang lebih berkualiti di bandar ini.

Lagipun, pengangkutan awam di Lembah Klang kini semakin cekap, bersih, dan mesra pengguna, jadi pelancong tidak perlu risau tentang kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Pengalaman lebih mesra, jana ekonomi tempatan

Dengan lebih ramai pelancong memilih pengangkutan awam, ia turut memberi impak positif kepada ekonomi tempatan.

Bayangkan pelancong yang memilih untuk menginap di hotel-hotel berhampiran stesen tren atau kawasan tarikan popular, ini akan mendorong mereka untuk membelanjakan wang di kedai-kedai tempatan, restoran, dan gerai-gerai kecil.

Hasilnya, ekonomi tempatan turut mendapat rangsangan. Dengan adanya Pas MyTourist, Rapid KL bukan sahaja memenuhi keperluan pelancong tetapi juga membuka peluang kepada masyarakat tempatan untuk meraih manfaat ekonomi.

Inisiatif hebat wajar dicontohi

Pas MyTourist oleh Rapid KL sememangnya satu inisiatif yang patut diberikan pujian[a]. Ia seakan satu langkah ‘win-win’ untuk menarik lebih ramai pelancong sambil memastikan mereka mempunyai pengalaman melancong yang lebih baik.

Ini juga merupakan peluang buat pelancong tempatan yang ingin mengelilingi KL tanpa perlu risau tentang kos pengangkutan.

Dengan adanya Pas MyTourist, tiada lagi alasan untuk tidak mengembara dan menjelajah sekitar Lembah Klang. Bagi yang belum pernah mencuba pengangkutan awam Rapid KL, ini mungkin peluang terbaik untuk menikmati sendiri pengangkutan awam moden, efisien dan mesra pelancong yang ditawarkan. Selamat meneroka Lembah Klang!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!