Dasar Ekonomi Penjagaan bukti Selangor progresif - MB

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor membuktikan kepimpinan progresif dengan melancarkan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dengan lima teras utama bagi menghadapi cabaran populasi menua.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia satu langkah penting selain dalam menghadapi cabaran populasi menua ialah bagi menjaga kebajikan golongan rentan di negeri ini.

"Dengan 8.1 peratus penduduk berumur 65 tahun ke atas dan peningkatan warga emas yang dijangka mencapai 14 peratus menjelang 2040, dasar ini adalah satu keperluan mendesak," ujarnya menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Khamis.

Beliau berkata, lima teras utama Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor ialah Advokasi dan Promosi; Tatakelola dan Kawal Selia; Penjaga Terlatih dan Tenaga Kerja; Pelaburan dan Kerjasama serta Inovasi, Teknologi, dan Data.

"Dasar ini adalah komitmen Selangor untuk melangkah ke masa depan yang lebih mampan, memastikan tiada rakyat yang terpinggir," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!