Banjir: Keselamatan sempadan di tahap tertinggi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika taklimat mengenai situasi banjir terkini di seluruh negara di Pusat Pengurusan Operasi Negara Bangunan Perdana Putra pada Khamis. Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika taklimat mengenai situasi banjir terkini di seluruh negara di Pusat Pengurusan Operasi Negara Bangunan Perdana Putra pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tahap keselamatan sempadan negara di Rantau Panjang-Sungai Golok berada di tahap kawalan tertinggi biarpun negeri itu di sedang landa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, aspek penugasan tetap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjalan seperti sedia kala.

"Kita ada anggota Rejimen Sempadan, Pasukan Gerakan Am yang terus mengadakan kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kecemasan Bencana Banjir bersama agensi, sini pada Khamis.

Terdahulu Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dilaporkan lima daripada 13 pos statik PGA dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.

Sementara itu, ditanya adakah mesyuarat turut membincangkan mengenai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula minggu depan, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan bagi membantu kesemua calon terjejas.

"Saya minta ibu bapa menjaga keselamatan anak-anak dan ahli keluarga masing-masing pada musim banjir ini," katanya.

Seramai seramai 402,956 calon SPM bakal menghadapi peperiksaan bermula 2 Disember sehingga 6 Februari depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!