X-PED lonjak keupayaan komuniti laksana projek pembangunan kampung

Peserta yang mewakili 11 kampung dari seluruh negara yang mengikuti program X-PED di Selangor.
Peserta yang mewakili 11 kampung dari seluruh negara yang mengikuti program X-PED di Selangor.
A
A
A

KUALA LANGAT - Program Ekspedisi Pembelajaran Kejayaan Ekonomi Desa (X-PED) dilihat mampu melonjakkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan projek pembangunan di kampung mereka.

Menurut Pengerusi Koperasi Ladang Melayu Layang Layang Kluang Bhd, Johor, Masamah Taib, 64, ini kerana, program anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu sarat dengan pengisian dan maklumat terkini.

“Kami didedahkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi keusahawanan melalui koperasi yang akhirnya dapat membuka peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

“Ia secara tidak langsung akan memajukan kampung yang menyertai program ini selain mengubah cara ke arah penggunaan teknologi digital dan kaedah lebih moden dalam aktiviti ekonomi,” katanya.

MASAMAH
MASAMAH



Masamah merupakan antara 22 peserta melibatkan 11 kampung dari seluruh negara yang terpilih untuk mengikuti Program Ekspedisi Pembelajaran Kejayaan Ekonomi Desa atau X-PED di Selangor.

Program selama dua hari yang diadakan di Agroz Group Sdn Bhd, Selangor Fruit Valley Dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat ini juga disifatkan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Seorang lagi peserta, Nurshida Mohamed, 39, dari Kuala Kangsar, Perak pula berkata, program ekspedisi ini banyak mendedahkan peserta dengan pengetahuan dalam sektor pertanian moden berteknologi tinggi.

Artikel Berkaitan:

NURSHIDA
NURSHIDA



“Kami di kawasan luar bandar perlu sentiasa didedahkan dengan pertanian berteknologi tinggi dan dengan adanya program seperti ini kami tidak akan merasa ketinggalan jauh.

“Menerusi program ini juga kami dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan menggunakan teknologi yang baharu,” kata pengusaha tanaman cili itu kepada Sinar Harian.

Sementara itu, bagi Muhamad Sofi yuddin Muhamad Khalid, 32, berkata, peserta didedahkan dengan inspirasi pertanian masa depan menerusi penggunaan teknologi moden seperti terdapat di Selangor Fruits Valley.

MOHAMAD SOFIYUDIN
MOHAMAD SOFIYUDIN



Ujarnya, anak-anak muda jika terus didedahkan dengan program-program seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan mereka sekali gus dapat menarik minat mereka untuk menceburi bidang pertanian moden.

“Di masa depan desa juga akan menjadi sebagai satu tempat menjana ekonomi dan dana kerajaan yang digunakan menerusi program ini amat memberi manfaat kepada rakyat kebanyakkan.

“Bagi saya program ini bertepatan dengan inspirasi kerajaan untuk menjadikan desa sebagai tempat untuk menjana ekonomi rakyat,” ujarnya yang mewakili Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!