Kerajaan sedia nilai semula ketetapan pengecualian Perkara 9 Konvensyen Genosid 1948
28 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersedia menilai semula ketetapan berhubung pengecualian terhadap Perkara Sembilan Konvensyen Genosid 1948.
Menurutnya, ia perlu dilaksanakan secara perbincangan antara Jawatankuasa Pemilih dan parti politik untuk menilai kaedah boleh dilakukan bagi kajian semula ke atas Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman mengenai kesediaan kerajaan menilai semula pengecualian kepada Perkara Sembilan Konvensyen Genosid 1948 memandangkan negara tidak berdepan sekatan dagangan dari Amerika Syarikat.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #genosid #parlimen #AnwarIbrahim