Grab Malaysia perkasa ekonomi, pelancongan Sarawak

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo menunjukkan data bagaimana Grab turut memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan rakyat Sarawak pada Sembang TechTarik di Kuching,baru-baru ini.
Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo menunjukkan data bagaimana Grab turut memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan rakyat Sarawak pada Sembang TechTarik di Kuching,baru-baru ini.
A
A
A

KUCHING – Sebagai jenama tempatan, Grab Malaysia terus memainkan peranan penting di Sarawak dengan memanfaatkan teknologi untuk mendorong pertumbuhan mampan dan memperkasa ekonomi.

Sejak diperkenalkan di Bumi Kenyalang pada tahun 2014, Grab telah menyediakan platform kepada rakan pemandu, penghantar, perniagaan dan usahawan tempatan untuk menjana pendapatan melalui penyelesaian berteraskan teknologi.

Sehingga kini, lebih 40,000 rakan pemandu tempatan di Sarawak, termasuk lebih 60 orang kurang upaya (OKU) dan lebih 700 wanita telah mendapat peluang pendapatan melalui Grab.

Pada tahun 2023 sahaja, rakan-rakan ini berjaya menjana lebih RM100 juta secara kolektif, menonjolkan sumbangan besar Grab kepada ekonomi negeri ini.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo, berkata, mereka komited untuk memperkasa perniagaan dan rakan tempatan dengan peralatan serta peluang yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi digital hari ini.

“Dengan melengkapkan PKS mikro dengan penyelesaian inovatif, kami menyaksikan pertumbuhan ketara termasuk peningkatan 16 peratus tahun ke tahun di Sarawak, di mana lebih separuh perniagaan ini mendapat penilaian 5 bintang daripada jutaan pelanggan," katanya dalam acara Sembang TechTarik baru-baru ini di sini,

Foo turut menambah bahawa Grab bersedia menyokong aspirasi pelancongan Sarawak untuk menerima lima juta pelancong pada tahun 2025, dengan penyelesaian berteknologi yang memudahkan perjalanan, meningkatkan keselamatan dan memperkasa komuniti tempatan.

Mempermudah perjalanan, menyokong industri pelancongan Sarawak

Artikel Berkaitan:

Platform Grab kini melayani 1 daripada 20 orang di seluruh Asia Tenggara, menunjukkan peranannya yang penting dalam menghubungkan komuniti.

Grab Malaysia komited untuk memperkasa perniagaan dan rakan tempatan di Sarawak dengan peralatan serta peluang yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi digital hari ini.
Grab Malaysia komited untuk memperkasa perniagaan dan rakan tempatan di Sarawak dengan peralatan serta peluang yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi digital hari ini.



Di Sarawak, Grab menyokong ekosistem pelancongan dengan menghubungkan pelancong kepada destinasi tempatan sambil memperkayakan pengalaman mereka.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk pelancong antarabangsa, Grab memperkenalkan Grab Tourist Pack, yang menawarkan penjimatan segera untuk perjalanan dan makanan di tujuh negara termasuk Malaysia.

Pelancong asing hanya perlu membayar RM3.50 untuk menikmati penjimatan sehingga RM65 pada penghantaran makanan, mart dan perjalanan. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan pelancong, tetapi juga meningkatkan jualan perniagaan tempatan.

Di Sarawak, usaha ini selari dengan Responsible Tourism Vision negeri, yang memfokuskan kepada pertumbuhan mampan dan kesejahteraan komuniti. Dengan mempermudah perjalanan dan meningkatkan pengalaman pelawat, Grab turut menyumbang kepada pembangunan pelancongan yang lestari.

Sehingga kini, lebih 40,000 rakan pemandu tempatan di Sarawak, termasuk lebih 60 orang kurang upaya (OKU) dan lebih 700 wanita telah mendapat peluang pendapatan melalui Grab.
Sehingga kini, lebih 40,000 rakan pemandu tempatan di Sarawak, termasuk lebih 60 orang kurang upaya (OKU) dan lebih 700 wanita telah mendapat peluang pendapatan melalui Grab.



Kisah kejayaan Rakan Grab Sarawak

Sharipah Mazenah: Guru bersara ini mula menjadi pemandu e-hailing pada usia 59 tahun. Dengan fleksibiliti kerja Grab, dia dapat menyara keluarga sambil kekal aktif. Sharipah menghargai ciri keselamatan seperti butang kecemasan dan faedah lain seperti potongan penyelenggaraan kereta.

Faizarino Abu Bakar: Selepas 18 tahun bekerja sebagai pegawai pemeriksaan, Faizarino memilih menjadi rakan penghantar sepenuh masa Grab pada 2020. Kini, dia menikmati pendapatan lebih tinggi dan lebih banyak masa bersama keluarga.

Big Coconut: Bermula sebagai gerai kecil di Kuching, kini Big Coconut mengendalikan lapan cawangan dan menjadi jenama terkemuka GrabFood dengan pendapatan bulanan meningkat daripada RM109,000 kepada RM126,000.

Noms Signature: Dari trak makanan kecil kepada perniagaan bernilai RM150,000 sebulan, Noms kini mengendalikan empat cawangan di dua bandar di Sarawak.

Dengan kisah inspirasi seperti ini, Grab Malaysia terus menyumbang kepada kemajuan Sarawak, memperkasa komuniti dan menjadikan negeri ini pusat inovasi, pelancongan serta peluang ekonomi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!