Banjir: Tujuh stesen pemancar, 42 NADI terjejas

Keadaan banjir sekitar bandar Kuala Berang berikutan hujan lebat ketika tinjauan di sini pada Khamis. Foto Bernama
Keadaan banjir sekitar bandar Kuala Berang berikutan hujan lebat ketika tinjauan di sini pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Tujuh stesen pemancar dan 42 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terjejas susulan banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan setakat jam 10 pagi Khamis, enam stesen pemancar yang terjejas di Kelantan ialah di Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah manakala Hulu Terengganu di Terengganu.

"Daripada 42 NADI yang terjejas, 27 adalah di Kelantan dan 15 Terengganu yang kesemuanya terpaksa ditutup akibat ditenggelami air serta putus bekalan elektrik," katanya menerusi kenyataan.

Ujar SKMM akses ke lokasi-lokasi NADI juga terhalang.

"Bagi memastikan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut dapat terus berhubung melalui Internet, SKMM telah menjalankan ujian liputan di beberapa PPS bagi memastikan liputan telekomunikasi berada pada tahap yang memuaskan.

"SKMM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan akan terus menjalankan

pemantauan rapi di negeri terjejas akibat banjir khususnya infrastruktur telekomunikasi yang dianggap kritikal dan memastikan perkhidmatan telekomunikasi akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi," jelas suruhanjaya itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!