KPKT rancang sedia pusat kitar semula pandu lalu di pusat beli-belah

Kor Ming bergambar bersama penerima anugerah.
Kor Ming bergambar bersama penerima anugerah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan peningkatan Kadar Kitar Semula Kebangsaan kepada 40 peratus menjelang tahun depan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sehingga tahun ini kadar tersebut telah mencapai 33.17 peratus.

Menurutnya, KPKT merancang mewujudkan pusat kitar semula pandu lalu di semua pusat beli-belah sebagai salah satu inisiatif ke arah itu.

Kor Ming (kiri) merasmikan Majlis Apresiasi sempena sambutan HKSK di Hotel Everly di Putraja pada Khamis.
Kor Ming (kiri) merasmikan Majlis Apresiasi sempena sambutan HKSK di Hotel Everly di Putraja pada Khamis.

"KPKT akan mengkaji kemungkinan sama ada semua pusat beli-belah kena wujudkan kemudahan itu atau menyediakan sekurang-kurangnya fasiliti untuk kitar semula sebagai salah satu syarat permohonan untuk dapatkan lesen perniagaan pusat beli-belah," katanya pada Majlis Apresiasi sempena sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) di Hotel Everly di sini pada Khamis.

Program itu dianjurkan KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merupakan inisiatif KPKT dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Kor Ming (empat dari kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang pemenang.
Kor Ming (empat dari kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang pemenang.

Pada masa sama majlis itu bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pihak-pihak yang giat melaksanakan inisiatif-inisiatif berkaitan penjagaan kebersihan dan amalan 3R agar mereka menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Malaysia kini melalui proses urbanisasi pesat dengan 80 peratus populasi dijangka menetap di kawasan bandar menjelang tahun 2030.

Katanya, perkembangan ini memerlukan sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap dan mampan.

"Sehingga kini, sebanyak 5,836 kemudahan kitar semula telah dikenal pasti di negeri yang menerima pakai Akta 672.

"Selain itu sebanyak 153 Pusat Pandu Lalu Kitar Semula (DTRC) telah diwujudkan di Malaysia.

"Inisiatif ini tidak mungkin terwujud tanpa sokongan daripada pihak swasta mahupun orang awam yang memanfaatkan kemudahan ini," ujarnya.

Tambah beliau, KPKT melalui SWCorp juga telah bekerjasama dengan kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah (PerKISS) setiap tahun supaya melahirkan generasi muda yang mementingkan penjagaan persekitaran.

"Berdasarkan rekod 2024, sebanyak 1,619 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah menyertai pertandingan ini.

"Sebanyak 4.26 juta kilogram barangan kitar semula dengan nilai sebanyak RM3.4 juta direkodkan sepanjang tempoh pertandingan dilaksanakan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!