Tiga warga emas maut: Waris masih terkejut, hiba

Laporan Sinar Harian berhubung nahas maut yang menimpa tiga warga emas dalam kemalangan jalan raya di Kampung Lanchang, Jalan Jasin-Merlimau di sini pagi tadi.
Laporan Sinar Harian berhubung nahas maut yang menimpa tiga warga emas dalam kemalangan jalan raya di Kampung Lanchang, Jalan Jasin-Merlimau di sini pagi tadi.
A
A
A

JASIN - Suasana pilu dan hiba menyelubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin apabila kesemua waris dan ahli keluarga tiba, selepas mendapat perkhabaran mengenai nahas maut yang menimpa tiga warga emas dalam kemalangan jalan raya di Kampung Lanchang, Jalan Jasin-Merlimau di sini pagi tadi.

Pada kejadian sekitar jam 9.15 pagi itu, mangsa S. Subbramaniam, 71, bersama pasangan suami isteri Husali Umar, 84, dan Mastura Said, 61, rentung, selepas teksi yang dipandu Subbramaniam terbabas dan melanggar tembok jambatan lalu menyebabkan kereta jenis Proton Iswara itu terbakar.

Anak bongsu kepada pemandu teksi, S. Vishnu, 35, berkata, ayahnya memang agak terkenal dalam kalangan penduduk setempat, kerana suka membantu rakan-rakannya jika mereka mahu ke mana-mana.

Beliau berkata, ayahnya sudah menjadi pemandu teksi selama 30 tahun dan kini mengambil penumpang hanya secara tempahan menerusi telefon.

"Kami tujuh beradik memang ada nasihatkan ayah agar tidak lagi menjadi pemandu teksi sebab sudah berusia, tapi dia tetap buat sebab nak tolong kawan-kawannya.

"Kadang kala ayah tidak ambil upah pun sebab ikhlas nak bantu rakannya,” katanya yang bekerja sebagai pemandu peribadi.

Sementara usaha wartawan untuk mendapatkan reaksi daripada keluarga pasangan warga emas berkenaan gagal, dan meminta diberikan ruang memandangkan masing-masing masih terkejut dengan insiden yang berlaku.

Sehingga jam 5 petang, waris masih menunggu pelepasan ketiga-tiga jenazah oleh pihak hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!