NGO lapor polis kes hina Islam, Melayu

Faisalkamal (tiga dari kanan) membuat laporan polis terhadap individu yang menghina kaum Melayu dan agama Islam di Balai Polis Kuala Selangor semalam.
Faisalkamal (tiga dari kanan) membuat laporan polis terhadap individu yang menghina kaum Melayu dan agama Islam di Balai Polis Kuala Selangor semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Satu badan bukan kerajaan (NGO), Gerak Mahalela Malaysia (Gemalai) membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang memuat naik status menghina kaum Melayu dan agama Islam.

Yang Dipertuanya, Faisalkamal Ariffin berkata, laporan dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat perkara yang boleh menggugat sensitiviti dan keharmonian kaum serta umat Islam di negara ini.

“Pemilik akaun Facebook terbabit tanpa segan silu memuat naik status di Facebooknya dengan niat menghina agama Islam dan kaum Melayu.

“Perkara ini menggugat sensitiviti dan keharmonian umat Islam seluruh Malaysia, apatah lagi masyarakat Melayu kaum majoriti di negara ini,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama ahli Gemalai membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 10 malam tadi.

Faisalkamal berkata, individu terbabit disifatkan biadab dan tidak menghormati kaum lain terutama Islam yang merupakan agama Persekutuan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan.

“Kami menuntut PDRM mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan dengan memberikan hukuman setimpal dengan perbuatan terbabit.

“Kita berharap ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mana-mana individu di negara ini supaya berwaspada dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya terus konsisten dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam di negara ini.

“Kami amat bertegas dalam isu ini dan akan terus menjaga kesucian Islam di negara ini agar kekal terpelihara,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!