Banjir di Kelantan makin buruk, 50,068 penduduk dipindahkan

Ia melibatkan 15,523 keluarga daripada seluruh negeri iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Gua Musang.
Ia melibatkan 15,523 keluarga daripada seluruh negeri iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Gua Musang.
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan makin buruk apabila 50,068 penduduk telah dipindahkan ke 206 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7 petang pada Khamis ekoran hujan lebat tanpa henti.

Ia melibatkan 15,523 keluarga daripada seluruh negeri iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Gua Musang.

Pasir Mas mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 18,577 orang diikuti Tumpat (7,007), Pasir Puteh (4,622), Kota Bharu (4,525), Kuala Krai (4,453), Tanah Merah (4,190), Machang (3,567), Bachok (2,363), Jeli (724) dan Gua Musang (41).

Keadaan banjir di Kelantan makin memburuk apabila 50,068 penduduk telah dipindahkan ke 206 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7 petang pada Khamis ekoran hujan lebat tanpa henti.
Keadaan banjir di Kelantan makin memburuk apabila 50,068 penduduk telah dipindahkan ke 206 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7 petang pada Khamis ekoran hujan lebat tanpa henti.

Lima sungai utama masih berada di paras bahaya iaitu Lebir (Gua Musang), Tangga Krai (Kuala Krai), Tambatan Diraja (Kota Bharu), Sungai Semerak (Pasir Puteh) dan Sungai Golok di Jenob (Tanah Merah), Rantau Panjang serta Kuala Jambu (Tumpat).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya segera berpindah sekiranya hujan lebat dan paras air semakin meningkat.

"Jangan berlengah, pindah segera. Bawa dokumen penting, ubat-ubatan dan bekalan asas bersama," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurut beliau, hujan lebat peringkat bahaya dijangka akan berterusan sehingga Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!