Rugi RM15,000 ditipu 'pegawai mahkamah'

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita rugi RM15,000 akibat diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari 'Mahkamah Johor' pada 10 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa sebelum itu diugut lelaki tersebut supaya tidak membocorkan rahsia kepada ahli keluarga yang mendakwa dia terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa terpaksa akur dan mengikuti segala arahan lelaki tersebut untuk tujuan siasatan tanpa menyedari pegawai mahkamah itu sebenarnya 'scammer'.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan waran tangkap ke atasnya telah dikeluarkan namun dia diminta agar merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga.

"Disebabkan bimbang ahli keluarga turut ditahan, mangsa kemudiannya menyerahkan nama pengguna dan kata laluan dua akaun bank seperti diarahkan.

"Mangsa kemudian membuat semakan akaun bank itu dan mendapati baki simpanan dalam satu akaun banknya berkurangan RM3,000," katanya.

Mohd Wazir berkata, tindakan mangsa membuat semakan baki akaun bank menimbulkan kemarahan lelaki tersebut dengan alasan kes itu masih dalam siasatan.

"Pada 11 Februari lalu, mangsa diarahkan agar mengeluarkan wang dalam akaun tersebut yang berjumlah RM12,000 dan perlu dimasukkan ke dalam satu lagi akaun banknya dan dia berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa kemudian diminta untuk membuat bayaran RM20,000 untuk proses membersihkan namanya namun dia sudah kehabisan wang untuk membuat bayaran itu.

"Rahsia itu akhirnya terbongkar apabila diketahui adiknya selepas mangsa menemuinya untuk meminjam wang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!