Cabaran Adelia pertahan gelaran

Adelia Nur Irwan Syazalee enggan berasa tertekan dengan status juara bertahan.
Adelia Nur Irwan Syazalee enggan berasa tertekan dengan status juara bertahan.
A
A
A

PEMAIN boling remaja negara, Adelia Nur Irwan Syazalee enggan berasa tertekan dengan status juara bertahan apabila turun beraksi pada Kejohanan Boling Remaja All-Star Bawah 22 tahun (B-22) 2024 di Petaling Jaya bulan depan.

Atlet berusia 17 tahun yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Disember ini juga berasa cukup yakin untuk memberikan yang terbaik pada hari kejohanan nanti.

Malah, Adelia sudah membuat persiapan rapi bagi mengharungi kejohanan itu sambil ‘disuntik’ dengan motivasi positif pada tahun ini selepas merangkul pingat emas bagi kategori berpasukan pada Kejuaraan Remaja Dunia baru-baru ini.

“Alhamdulillah, tahun lepas saya dapat jadi juara, jadi untuk kejohanan kali ini sudah tentu saya akan buat yang terbaik untuk menang,” katanya.

Kejohanan edisi ke-24 di Sunway Mega Lanes tersebut dijadual bermula 4 hingga 15 Disember ini menerusi penyertaan 16 negara termasuk Malaysia melibatkan lebih 800 pemain.

Boling Remaja All-Stars hasil kerjasama Sunway Megalanes, Milo Malaysia dan Sunway Pyramid merupakan kejohanan paling berprestij di Asia menerusi tawaran jumlah wang hadiah sebanyak RM200,000.

Di sebalik impian mempertahankan kejuaraan tersebut, pelajar Sekolah Menengah Shah Alam itu sudah membuat kerja rumah sebagai persediaan untuk memastikan dirinya berada pada prestasi tertinggi.

“Bagi memastikan dapat beraksi dengan baik, saya menonton semula permainan sebelum ini dan cuba memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa tahun ini adalah tahun yang terbaik terutama dari segi kekuatan dan stamina, sekali gus membolehkan saya bermain dengan lebih konsisten,” katanya.

Menyentuh cabaran bakal dihadapi pada kejohanan itu, Adelia mengakui ramai pemain boling hebat akan beraksi, namun fokus beliau adalah kepada permainan sendiri.

“Kami saling memahami game plan masing-masing,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!