Banjir buruk bergantung kepada pusat curahan maksimum - Pakar

Kemungkinan situasi banjir yang berlaku di Pantai Timur akan bertambah buruk bergantung kepada pusat curahan maksimum di pesisir dan juga air pasang besar. Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Azizan)
Kemungkinan situasi banjir yang berlaku di Pantai Timur akan bertambah buruk bergantung kepada pusat curahan maksimum di pesisir dan juga air pasang besar. Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Azizan)
A
A
A

SHAH ALAM - Kemungkinan situasi banjir yang berlaku di Pantai Timur akan bertambah buruk bergantung kepada pusat curahan maksimum di pesisir dan juga air pasang besar.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, setakat ini hujan lebat berlaku di pesisiran dan bukan ketika air pasang besar yang dijangka pada 1 hingga 2 Disember 2024.

Bagaimanapun katanya, ramalan hujan lebat yang berlaku hari ini lebih ke pedalaman.

“Jadi buat masa sekarang tidak boleh ramal bahawa banjir akan seburuk atau tidak berbanding tahun 2014. Kita tengok apa terjadi esok (hari ini).

“Kalau pusat hujan lebat masuk ke pedalaman, ia boleh jadi seperti 2014. Paras air naik dengan cepat dan arus air sungai sangat deras hingga tebing runtuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Azizan, banjir kali ini dijangka terkawal berbanding 2014 kerana agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan negeri dilihat sudah bersedia untuk menghadapi banjir.

“Hujan diramal reda pada 30 November ini. Jadi keadaan akan pulih selepas itu sehingga terjadi luruan monsun baharu pula.

“Tetapi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) jangka mungkin Monsun Timur Laut akan menghasilkan tujuh luruan monsun hingga Mac ini. Jadi, risiko banjir lepas 30 November tetap ada,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!