Radzi Jidin tampil berbeza dengan baju Melayu warna biru

Mohd Radzi menarik perhatian perwakilan apabila tampil mengenakan baju Melayu biru dengan lengkap bersampin.
Mohd Radzi menarik perhatian perwakilan apabila tampil mengenakan baju Melayu biru dengan lengkap bersampin.
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menarik perhatian perwakilan apabila tampil mengenakan baju Melayu biru dengan lengkap bersampin.

Pemilihan pakaian beliau dilihat berbeza daripada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) lain yang memakai baju dengan warna rasmi parti iaitu merah.

Beliau hadir ke Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Srikandi Malaysia, Armada Malaysia, Srikandi Muda Malaysia dan Sayap Bersekutu Malaysia yang bermula jam 9 pagi di Ideal Convention Centre (IDCC), di sini, pada Jumaat.

Pemilihan pakaian Mohd Radzi dilihat berbeza daripada ahli MPT lain yang memakai baju dengan warna rasmi parti iaitu merah
Pemilihan pakaian Mohd Radzi dilihat berbeza daripada ahli MPT lain yang memakai baju dengan warna rasmi parti iaitu merah

Hadir merasmikan majlis Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama MPT lain antaranya Bendahari Agung, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Ketua Bahagian Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham dan Ketua Srikandi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Majlis dimulakan dengan ketibaan semua perwakilan, pemerhati dan MPT Bersatu kemudian diteruskan dengan nyanyian Negaraku serta lagu rasmi parti iaitu Perjuanganku.

Pada masa sama, acara itu turut diiringi dengan bacaan ayat al-Quran dan doa bagi mengambil keberkatan supaya majlis yang berlangsung sehingga 1 Disember nanti berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!