Paras air Sungai Kelantan meningkat

A
A
A
PARAS air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas, sekali gus menenggelamkan keseluruhan kawasan daratan di tambatan yang menjadi tarikan pelancongan di negeri berkenaan.

Portal Jabatan Pengaliran dan Saliran melaporkan beberapa sungai utama di Kelantan telah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini, antaranya Sungai Lanas di Jeli dengan bacaan 28.78 meter, Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.17 m), Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja (5.58 meter), Sungai Golok di Kampung Jenob (28.79 m) dan Sungai Sokor di Kampung Sokor (33.92 m).

Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang juga kini berada di paras 11.50 m, melebihi had bahaya sembilan meter dan Tangga Bratley Kuala Krai pada paras 25.25 m.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Banjir Kuala Berang

No Image Caption
GALERI

Kedai Makan Banjir

No Image Caption
GALERI

Sungai Kelantan Tambatan D’Raja

No Image Caption
GALERI

Rezeki Musim Tengkujuh