Covid-19: Johor nasihat Festival Perarakan Chingay dibatalkan

Orang ramai dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut ketika mengunjungi tempat-tempat terbuka dan sentiasa mengutamakan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelak daripada terkena jangkitan tersebut. -Foto Bernama
Orang ramai dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut ketika mengunjungi tempat-tempat terbuka dan sentiasa mengutamakan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelak daripada terkena jangkitan tersebut. -Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menasihatkan penganjur Festival Perarakan Chingay 2020 untuk membatalkan acara itu yang dijadualkan berlangsung di pusat bandar raya Johor Bahru pada Sabtu ini.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terhadap jangkitan koronavirus (Covid-19) dan ketidakupayaan untuk membuat saringan kesihatan kepada semua pengunjung pada skala besar.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut juga diambil setelah mengambil kira keadaan pihak keselamatan dan penganjur yang tidak dapat mengenal pasti jumlah sebenar kehadiran pengunjung yang dijangka menyertai perarakan berkenaan.

"Kerajaan negeri berpendapat keputusan itu dibuat (pembatalan) sebagai antara langkah-langkah pencegahan berikutan dikhuatiri berlaku penularan Covid-19 dalam skala besar sekiranya perarakan diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Festival Perarakan Chingay sepanjang bermula dari Tokong Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek Johor Bahru merupakan acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak tahun 1870.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!