Vietnam kuarantin 10,000 penduduk

Pihak berkuasa kesihatan melakukan semburan nyahjangkit di pusat pemeriksaan di komuniti Son Loi di wilayah Vinh Phuc hari ini.
- FOTO: AFP
Pihak berkuasa kesihatan melakukan semburan nyahjangkit di pusat pemeriksaan di komuniti Son Loi di wilayah Vinh Phuc hari ini. - FOTO: AFP
A
A
A

VINH PHUC - Langkah kuarantin dilaksanakan di perkampungan di Vietnam yang mempunyai 10,000 penduduk hari ini selepas enam kes jangkitan koronavirus (Covid-19) dilaporkan.

Sekatan dibuat ke atas komuniti Son Loi terletak kira-kira 40 kilometer dari Hanoi merupakan langkah kuarantin pertama terbesar dilakukan di luar China sejak Covid-19 dikenal pasti di bandar Wuhan pada akhir Disember lalu.

"Tempoh kuarantin tersebut akan dilaksanakan selama 20 hari," menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pusat pemeriksaan turut dibuka sekitar komuniti terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdahulu, lima penduduk di Son Loi dilaporkan dijangkiti Covid-19 sebelum kes keenam dilaporkan semalam. - AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!