Warga Indonesia gagal seludup tiga burung merbuk bawa naik pesawat

Cubaan seludup burung merbuk dilakukan seorang individu warga Indonesia gagal apabila ditahan di KLIA pada 17 November lalu.
Cubaan seludup burung merbuk dilakukan seorang individu warga Indonesia gagal apabila ditahan di KLIA pada 17 November lalu.
A
A
A

SEPANG - Tindakan seorang lelaki warga Indonesia cuba menyeludup tiga burung merbuk mengundang padah apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 November lalu.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) memaklumkan suspek terbabit ditahan kira-kira jam 6 pagi.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati burung merbuk itu tiada permit eksport yang sah di balai pelepasan antarabangsa Terminal 2 KLIA.

"Tiga ekor burung berkenaan cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen yang sah seperti permit eksport Maqis mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, perbuatan mengeksport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit eksport Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang keluar dari dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!