BN sambut ulang tahun ke-50 pada 7 Disember
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) bakal mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 pada 7 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, hal tersebut diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN yang telah mengadakan mesyuarat pada 27 November lalu.
“Pelbagai acara telah dirancang dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir.
“Sementara itu, mesyuarat berkenaan turut memutuskan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Zambry lagi, mesyuarat bagi membincangkan persiapan menghadapi PRN berkenaan boleh diadakan pada bila- bila masa sebelum Oktober 2025.
Jelas beliau, BN akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan perancangan menghadapi PRN itu akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!