Banjir: Selangor beku cuti Skuad Pantas

Suee Lim (enam dari kiri) melancarkan OACP syarikat milikan MBI berlangsung di SACC pada Jumaat.
Suee Lim (enam dari kiri) melancarkan OACP syarikat milikan MBI berlangsung di SACC pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Cuti 500 anggota Skuad Pantas semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor dibekukan hingga Januari depan sebagai langkah siap siaga musim tengkujuh.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, kerajaan negeri waspada kemungkinan banjir susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran awal hujan berterusan melanda beberapa negeri termasuk Selangor.

Menurutnya, beberapa kawasan di Selangor juga dilaporkan telah dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan sejak Khamis.

"Unit bencana di bawah kerajaan negeri sentiasa peka dan membentuk jawatankuasa siap siaga hadapi sebarang kemungkinan.

" Unit termasuk Skuad Pantas dan agensi berkaitan akan digerakkan terus ke lokasi untuk bantuan kecemasan jika terima laporan bencana di kawasan terlibat, " katanya pada Jumaat.

Beliau ditemui pada sambutan Hari Integriti Kumpulan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) syarikat milikan MBI berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Setakat Jumaat, dilaporkan kawasan Meru, Klang dan Kota Warisan-Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang mengalami banjir kilat.

Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 8 pagi dengan

Artikel Berkaitan:

Smart Selangor Operation Centre (SSOC) memaklumkan, seramai 159 mangsa daripada 39 keluarga dipindahkan di dua PPS terbabit.

Sebanyak 34 keluarga telah dipindahkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai Jaya, manakala lima keluarga pula di Balai MPKK Bukit Kapar.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata, setakat ini kerajaan Selangor belum menggerakkan misi bantuan ke Pantai Timur yang terkesan banjir teruk.

Beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk membuat keputusan.

"Belum ada jentera PBT Selangor digerakkan ke sana setakat ini, namun kita sentiasa ikuti perkembangan keadaan di sana.

"Jika ada keperluan, kerajaan negeri sedia hulur bantuan kerana ia merupakan malapetaka yang memerlukan kita untuk saling bantu-membantu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!