Srikandi Bersatu tubuh Pelan Khidmat Rakyat sebagai nadi masyarakat

Mas Ermieyati menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung Sayap Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Bersekutu Bersatu yang diadakan pada Jumaat. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Mas Ermieyati menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung Sayap Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Bersekutu Bersatu yang diadakan pada Jumaat. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan Pelan Khidmat Rakyat sebagai nadi kepada masyarakat bagi membuka ruang untuk wanita berkumpul menjalankan pelbagai aktiviti.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penubuhan pelan itu juga untuk menyuntik impak positif kepada kehidupan Rakyat.

"Pusat khidmat Srikandi ini akan menjadi tempat aktiviti seperti program SriGuaman, SriSihat, SriNiaga dan SriDidik.

"Pelan Khidmat Rakyat ini bukan sekadar dokumen perancangan, tetapi ia adalah manifestasi komitmen Srikandi untuk membawa perubahan positif kepada kehidupan rakyat," katanya pada Perhimpunan Agung Srikandi Bersatu kali keenam di IDCC, di sini pada Jumaat.

Hadir sama dalam sesi berkenaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Setiausa Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tambah Mas Ermieyati, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, beliau yakin pelan tersebut akan mencapai objektif serta memberi manfaat yang lestari untuk negara.

Dalam pada itu, pesan beliau kepada perwakilan agar sentiasa berusaha, bersusah payah, lelah berpeluh untuk mengukuh kepimpinan parti dan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Di samping itu, sematkan dalam hati pesanan Sasterawan Negara Usman Awang dan Sasterawan Melayu-Riau Tenas Affendy.

Artikel Berkaitan:

"Melayu itu orang yang bijaksana, budi bahasanya tidak terkira, kurang ajarnya masih beralas dan bersantun," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!