Kebakaran di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat padam sepenuhnya

Operasi pemadaman di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat.
Operasi pemadaman di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Nibong, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini.

Kejadian tersebut yang berlaku sejak 2 Februari lalu melibatkan kawasan seluas 6 hektar.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamad Faizul Selamat berkata, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang terlibat dalam operasi 24 jam bagi pemadaman tapak pelupusan terbabit.

"Operasi pemadaman telah dijalankan selama 12 hari sehingga hari ini dan turut dibantu oleh 10 anggota Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), tiga dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan tiga dari Jabatan Tanah dan Galian.

"Operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari tadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!