Banjir: Balai Polis Tumpat, Pasir Mas ditutup
KOTA BHARU - Sembilan balai polis di Tumpat dan Pasir Mas terpaksa ditutup sementara susulan banjir yang semakin serius di negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan menguruskan situasi itu.
"Kita terpaksa memindahkan kesemua anggota kerana tahap keselamatan tidak boleh dikompromi," katanya selepas meninjau PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang dalam sesi lawatannya di Kelantan.
Beliau memberitahu, pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari negeri lain juga sudah dihantar ke Kelantan dalam misi membantu mangsa banjir.
Jelas beliau, setakat ini angka mangsa banjir sudah mencecah 69000 orang dan dijangka lebih serius berbanding 2014.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!