Tujuh kanak-kanak main basikal lajak ditahan

Kesemua kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris penjaga masing-masing,
Kesemua kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris penjaga masing-masing,
A
A
A

GEORGE TOWN - Seramai tujuh orang kanak-kanak dibawa ke balai polis selepas didapati bermain lajak di Kawasan Lebuh Relau 4, di sini sehingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain pada Khamis.

Menurut Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut memaklumkan, tindakan itu diambil selepas menerima aduan orang awam mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak dalam keadaan bahaya.

Susulan daripada laporan diterima, sepasukan Task Force Balai Polis Sungai Nibong telah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar kawasan tersebut pada petang Khamis.

Kesemua kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris penjaga masing-masing.
Kesemua kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris penjaga masing-masing.

"Hasil tinjauan, telah mendapati seramai tujuh orang kanak-kanak lelaki sedang bermain basikal lajak di Lebuh Relau 4, di sini.

"Kesemua kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris penjaga masing-masing," menurut hantaran Facebook berkenaan pada Jumaat.

Dalam pada itu, polis menasihati para ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan, tingkah-laku dan aktiviti anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!