Kahar: Kapla High Council cukup rencah

Filem ini menceritakan semula bagaimana Kahar akhirnya dilantik sebagai Kapla KUDRAT.
Filem ini menceritakan semula bagaimana Kahar akhirnya dilantik sebagai Kapla KUDRAT.
A
A
A

KEJAYAAN siri premium Astro, Projek: High Council yang mencipta gelombang fenomena tahun lalu, telah mendorong Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital untuk menerbitkan Kahar: Kapla High Council.

Filem yang dihasilkan berdasarkan salah satu watak utama siri itu iaitu Kahar lakonan Amir Ahnaf ternyata satu pemilihan yang tepat.

Menerusi siri yang ditayangkan pada tahun 2023 itu, watak Kahar antara yang menonjol tetapi tidak diceritakan secara terperinci wataknya.

Filem ini menceritakan Kahar, seorang pelajar Tingkatan 4 pendiam di Kolej Ungku Deramat yang terpaksa berhadapan dengan harapan tinggi bapanya.
Filem ini menceritakan Kahar, seorang pelajar Tingkatan 4 pendiam di Kolej Ungku Deramat yang terpaksa berhadapan dengan harapan tinggi bapanya.

Justeru atas permintaan ramai peminat siri itu yang mahu mengetahui kisah kehidupan Kahar mendorong Astro Shaw kembali bekerjasama dengan pencipta siri Projek: High Council, Anwari Ashraf untuk melakar semula jalan cerita Kahar: Kapla High Council.

Masih mengekalkan Amir selaku Kahar, filem ini turut dibintangi Aedy Ashraf selaku Beja atau Reza, Sky Iskandar (Megat), Thompson Goh (Li), Khenobu (Jojo) dan ramai lagi.

Hubungan adik-beradik yang akrab tercalar kerana hasutan orang luar.
Hubungan adik-beradik yang akrab tercalar kerana hasutan orang luar.

Berlatarkan tahun 2005, filem ini menceritakan Kahar, seorang pelajar Tingkatan 4 pendiam di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), yang terpaksa berhadapan dengan harapan tinggi bapanya.

Artikel Berkaitan:

Tanpa sengaja, Kahar terlibat dalam 'pilihan raya' untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, hingga mengundang pelbagai musuh termasuk abangnya, Beja.

Aedy tampil berbeza dalam Kahar: Kapla High Coucil.
Aedy tampil berbeza dalam Kahar: Kapla High Coucil.

Perjalanan filem ini pada pandangan penulis bukan sekadar dihasilkan untuk menjual Amir atau Kahar tetapi mempunyai sebuah jalan cerita yang kuat dan digabung dengan babak aksi yang mencemaskan.

Mengangkat tema kekeluargaan, persahabatan, buli dan kesihatan mental, Kahar: Kapla High Council turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.

No Image Caption

Lakonan mantap para pemain serta permainan emosi berbeza yang dipersembahkan Amir menjadi antara sebab Kahar: Kapla High Council bukan sekadar sebuah naskhah melepaskan batuk di tangga.

Kudos kepada pengarah, Razaisyam Rashid dan produksi filem ini yang berjaya menghasilkan filem ini dengan cukup kemas dalam masa kurang lima bulan sebelum tayangannya.

KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL

PENGARAH: Razaisyam Rashid

PELAKON: Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Khenobu

GENRE: Aksi / Drama

DURASI: 1 jam 42 minit

KLASIFIKASI: 18

TAYANGAN: 28 Nov 2024

BINTANG: 4.5 / 5

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!