Banjir: 11 jalan ditutup di Kubang Pasu

Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi terpaksa ditutup. - Foto: JKR Kubang Pasu
Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi terpaksa ditutup. - Foto: JKR Kubang Pasu
A
A
A

KUBANG PASU - Sebanyak 11 Jalan di daerah Kubang Pasu terpaksa ditutup akibat banjir susulan hujan lebat yang berterusan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati jalan-jalan tersebut tidak boleh dilalui kerana telah ditenggelami banjir.

Menurutnya, laluan tersebut adalah Jalan Kampung Kubang Betong ke Kampung Kangar, Jalan Jitra ke Bukit Wang, Jalan Tanah Merah ke Wang Tepus, Jalan Titi Besi ke Kampung Pasir, Jalan Kampung Bata ke Kampung Kota Giam dan Jalan Kelubi Luar ke Kampung Malau.

Turut ditutup adalah Jalan Jitra ke Kampung Kelubi (Terowong), Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi, Jalan Batu 9 Jitra ke Alor Ramai/Kepala Batas, KM 32.1 hingga KM 33.2 Lebuhraya Plus Arahan Selatan yang ditutup sepenuhnya serta KM 33.2 hingga KM 32.1 Lebuhraya Plus Arahan Utara, hanya lorong kanan sahaja dibuka.

Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi terpaksa ditutup - Foto: JKR Kubang Pasu
Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi terpaksa ditutup - Foto: JKR Kubang Pasu

“Polis menasihati semua pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dengan berhati-hati dan mengelakkan sebarang kesulitan serta kejadian luar biasa.

“Pengguna jalan raya diminta supaya tidak meredah banjir yang mempunyai arus deras demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Redzuan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi hotline PDRM IPD Kubang Pasu di talian 04-9172222 atau balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!