Limpahan air Empangan Muda belum kritikal, tak perlu isytihar kecemasan

Muhammad Sanusi memantau keadaan Empangan Muda pada Jumaat. - Foto: Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)
Muhammad Sanusi memantau keadaan Empangan Muda pada Jumaat. - Foto: Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)
A
A
A

SIK - Limpahan air di Empangan Muda belum dikategorikan sebagai kritikal sekali gus tidak perlu ke tahap isytihar kecemasan ketika ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang mengurus selia empangan berkenaan tidak melepaskan air empangan seperti yang didakwa.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, limpahan air terbabit adalah bersifat semula jadi apabila takungan air di empangan melebihi 100 peratus.

"Saya baru sahaja mendapat taklimat daripada jurutera yang bertanggungjawab terhadap keselamatan empangan ini, sekarang keadaan paras air empangan 334 kaki, (sekaligus) tidak perlu kepada apa-apa tindakan kecemasan.

"Dakwaan MADA melepaskan air itu tidak benar kerana limpahan air akibat daripada dalamnya air (takungan) adalah secara semula jadi,"katanya melalui satu video dimuat naik di media sosial selepas meninjau keadaan Empangan Muda di sini,pada Jumaat.

Muhammad Sanusi memaklumkan, paras air di kawasan empangan terbabit juga menunjukkan trend menurun.

Muhammad Sanusi ketika meninjau keadaan Empangan Muda pada Jumaat.
Muhammad Sanusi ketika meninjau keadaan Empangan Muda pada Jumaat.

"Insya-ALLAH, keadaan akan terus menurun dan tidak ada keperluan mengisytiharkan kecemasan dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau memaklumkan, MADA akan memaklumkan kepada pengerusi keselamatan daerah iaitu Pegawai Daerah untuk mengambil tindakan sewajarnya, sekiranya paras limpahan Empangan Muda melebihi paras ditetapkan.

Muhammad Sanusi berpandangan, tindakan terbabit selari dengan tindakan susulan dirangka MADA dan arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) (arahan NADMA nombor 1).

Beliau menasihatkan, orang ramai yang mengambil gambar dan video empangan tidak perlu mencetuskan suasana panik dan pelepasan air tidak berlaku sekali gus tidak perlu kepada laporan dan ulasan berlebihan.

Sehingga kini, katanya, MADA melakukan melalukan pemantauan 24 jam di kawasan empangan terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!