Abang Viva sempat rai ulang tahun ibu sebelum bantu mangsa banjir

Azwan ketika dalam satu program bantuan mangsa banjir yang disertainya sebelum ini.
Azwan ketika dalam satu program bantuan mangsa banjir yang disertainya sebelum ini.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan Abang Viva sempat meraikan ulang tahun ibunya pagi Sabtu sebelum bertolak melaksanakan misi bantuan banjir di Kelantan.

Azwan Omar, 32, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik berkata, biarpun hanya dapat meraikan ulang tahun kelahiran ibunya, Norbibah Hashim yang ke 69 tahun dalam waktu singkat namun sekurang-kurangnya masih berkesempatan menemui 'syurganya' itu sebelum menempuh perjalanan jauh.

Menurutnya, ia sekali gus meminta restu dan doa ibunya supaya kerja-kerja sukarelawan yang dilakukan dipermudahkan ALLAH SWT.

Dia berkata, misi konvoi bersama rakannya pada Sabtu akan menggunakan lima pacuan empat roda dan dua bot fiber bagi membantu mangsa banjir terutama di Kelantan.

"Walaupun dapat luangkan masa sekejap dengan mak tapi dah memadai, kerana misi bantuan ini juga penting.

"Selain itu adik beradik lain juga masih berada di rumah dan berharap misi ini dipermudahkan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Azwan yang menamatkan zaman bujangnya pada Oktober 2022 juga berkata, hasratnya mahu menghulurkan bantuan lebih awal namun disebabkan kekangan kewangan dia akhirnya memulakan misi ke destinasi pertama pada hari ini.

"Alhamdulillah dana telah mencukupi menerusi Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va.

"Jika ada sesiapa yang nak turut serta membantu bagi mencukupkan keperluan boleh hubungi saya, tiada paksaan untuk mana-mana pihak," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!