Air Sungai Kelantan mulai melimpah ke bandar Kota Bharu

Air Sungai Kelantan mulai melimpah masuk ke bandar Kota Bharu pada Sabtu.
Air Sungai Kelantan mulai melimpah masuk ke bandar Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Air Sungai Kelantan mulai melimpah masuk ke bandar Kota Bharu pada jam 12.24 tengah hari pada Sabtu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati air sedalam 0.25 hingga 0.3 meter mula dapat dilihat di beberapa kawasan di bandar ini.

Jalan di sini mulai sibuk dengan kehadiran kenderaan serta orang ramai yang ingin melihat air Sungai Kelantan melimpah.

Katua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, air mulai melimpah masuk ke bandar ini sejak jam 12 tengah malam tadi.

"Pihaknya bersedia untuk berdepan dengan banjir lebih buruk selepas beberapa kawasan Bandar Kota Bharu sudah dinaiki air.

"Kita sudah bersiap sedia untuk memindahkan mangsa ke PPS. Limpahan ini berlaku kerana air pasang di tempat lain dan bertembung dengan air Sungai Kelantan," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, orang ramai yang tinggal di tempat rendah dan berhampiran diminta supaya berhati-hati serta mengikuti arahan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!