Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Disember
GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Disember, menurut kenyataan pejabat Ketua Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan Kon Yeow akan melawat beberapa bandar dalam wilayah Guandong, termasuk Shenzhen, Huizhou dan Guangzhou.
"Semasa lawatan itu, Ketua Menteri juga dijangka bertemu pemain industri utama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam reka bentuk AI.
"Sepanjang ketiadaan Ketua Menteri, urusan pentadbiran negeri akan terus berjalan lancar,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!