Keluarga rayu sumbangan bawa pulang adik

Keluarga juruteknik pendingin hawa memohon sumbangan rakyat Malaysia untuk membawa pulang lelaki terbabit
Keluarga juruteknik pendingin hawa memohon sumbangan rakyat Malaysia untuk membawa pulang lelaki terbabit
A
A
A

ALOR SETAR - Keluarga seorang juruteknik pendingin hawa yang didakwa menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar memerlukan sumbangan kira-kira RM10,000 bagi misi menyelamat lelaki terbabit.

Kakaknya, Noraini Ramli,37, berkata, dana itu diperlukan bagi menampung kos misi bantuan membawa pulang adiknya, Mohamad Adi,36, ke tanah air.

Menurutnya, adik lelakinya yang tinggal di Langkawi menjadi mangsa selepas mengikut kawan apabila menerima tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 bagi tugasan sehari untuk mengambil barang di Bangkok.

"Bagaimanapun, adik yang dipercayai berada di Myanmar menghubungi saya pada 11 November lepas memaklumkan dipukul dan diugut,sekaligus merayu untuk diselamatkan.

"Saya berusaha gigih untuk membawa pulang semula adik lelakinya termasuklah mengadaikan segala barangan kemas yang ada namun ia tidak mencukupi,"katanya.

Katanya, dia hanyalah suri rumah, manakala suami pula bekerja kilang dan adik-adik lain pula tidak berkemampuan.

Noraini memberitahu, dia kini buntu mencari jalan untuk mengumpulkan dana tersebut.

Katanya lagi, sindiket ada meminta wang tebusan sebanyak RM30,000 sebelum ini dan akan memperlakukan apa-apa terhadap adiknya sekiranya dia tidak menjelaskan bayaran itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, menurutnya, ada badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba membantu membawa pulang adiknya,sekali gus mereka sekeluarga hanya memerlukan wang RM10,000 untuk misi menyelamat itu.

Menurutnya, dia tiada pilihan dan jalan lain sekali gus merayu rakyat Malaysia untuk mencukupkan dana membawa pulang adiknya itu.

"Jikalau, ada sanggup beri sumbangan seorang seringgit pun, kami bersyukur dan amat hargai kerana kami perlu kumpulkan dana itu secepat yang mungkin,"katanya.

Orang awam yang ingin menyalurkan sumbangan boleh melakukannya melalui akaun Maybank 152077306475 atas nama Noraini Ramli.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!